Wednesday, February 3, 2010

Sukaneka SK Sri Tanjung Papat 1

Sk Sri Tanjung Papat 1 telah mengadakan sukaneka pada 20 Januari 2010 untuk murid pra sekolah dan tahap 1. Sukaneka yang dilangsungkan bermula 7.30 pagi melibatkan acara makan roti, bawa bola ping pong, bawa bola dengan gelung rotan, tiup belon, cari gula-gula dalam tepung dan ayam pulng reban. Menariknya keputusan pertandingan bagi Tahun 3, mata adalah sama. setelah dicabut undi, kelas 3 Hijau JUARA...

Kemeriahan acara sukaneka pada hari itu tidak dapat diungkap dengan perkataan... Biarlah gambar-gambar di bawah yang berSUARA.




PENAT BAH...ni dah 5 anak ayam ditangkap.
Lepas ni nak tangkap cikgu Rahim la pulak.




murid pra sekolah beratur untuk mengambil bahagian


JANGAN PANDANG BELAKANG...
Dah nak sampai ni harap2 tak ada orang bubut saya.



kasihan... ni dah berapa kali tiup tapi tak juga pecah2.




JOHAN...Natasya wakil daripada 3 Hijau
menerima hamper daripada Guru besar.



wajah2 keriangan 3 Hijau bersama dengan hamper kemenangan.



Tuesday, February 2, 2010

Sukan Tahunan Sk Sri Tanjung Papat 1

Sukan Tahunan Sk Sri Tanjung Papat 1, Sandakan telah berlangsung dengan penuh jayanya bertempat di Kompleks Sukan Sibuga Sandakan pada 21 Januari 2010. Lebih membanggakan buat semua warga SK Papat 1 ialah sekolah yang pertama di daerah Sandakan yang menganjurkan Sukan tahunan pada tahun 2010.

Kejohanan tahun ini melibatkan empat buah rumah sukan iaitu Rumah Hijau, Biru, Kuning dan Merah. Setelah semua acara dipertandingakn Rumah Hijau muncul juara diikuti Biru, Kuning dan Merah.

Manakala acara perbarisan turut dimenangi Rumah Hijau dan diikuti Biru, Kuning dan merah.